Jangan Ikut Aku | Episod 8

2019-04-30 72

Cikgu Shila mengajak Akil keluar makan sebagai membalas budi. Siti berasa bimbang kerana kehilangan rantai yang diberi Tok Misai sebagai pendinding. Suatu hari, Mayang Sari cuba mendekati Siti. Oleh sebab takut, Siti terus melarikan diri dan masuk ke dalam masjid. Di sana, dia berjumpa imam bernama Pak Sudin. Pak Sudin menasihati Siti supaya tidak bergantung dengan tangkal kerana boleh mendatang syirik. Ketika rumah Akil dirompak, jin-jin Tok Misai membantunya. Akil menjadi marah kerana jin-jin itu sudah mungkir janji. Namun apabila Jendul, Kimchi, Bigfoot dan Mayang Sari kata tidak sampai mahu meninggalkan Akil, malah mahu membantu Akil mendapatkan Cikgu Shila, Akil tersenyum lebar.